Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya rasa bosan dengan
kehidupan ini. Itulah sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak
mendengar cakap muridnya, guru meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu
itu dipanggil, 'Alergi Hidup'. Ya, kamu alergi terhadap kehidupan".
Banyak
sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa
disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma-norma
kehidupan. Hidup ini seharusnya berjalan terus. SUNGAI KEHIDUPAN
mengalir terus, tetapi kita mahukan status-quo. Kita berhenti di sesuatu
tempat, kita tidak ikut mengalir. Itulah sebabnya kita jatuh
sakit. Kita mengundang penyakit. Pertahanan kita, penolakan kita untuk
ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit.
Apabila
namanya usaha, pasti ada pasang-surutnya. Contohnya, dalam hal
berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang ada, lumrah.
Persahabatan pun tidak selalunya berkekalan, tidak abadi. Apalah yang
berkekalan, dan yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak memahami tentang
sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita
gagal, kecewa dan menderita..
"Penyakitmu
itu boleh disembuhkan, jika kamu tekad untuk sembuh dan mendengar
nasihatku." Demikian si guru menyarankan."Tidak Guru, tidak. Saya sudah
betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak mahu hidup."
Lelaki
itu menolak tawaran si guru."Jadi kamu tidak mahu sembuh?? "Kamu
betul-betul ingin mati?" Tanya si guru. "Ya, memang saya sudah
bosandengan hidup", lelaki itu menjawab dengan yakin."Baik, petang esok
kamu akan mati seperti yang kamu ingini. Ambillah botol ubat ini.
Setengah botol di minum malam ini, setengah botol lagi kamu minum petang
esok jam enam, dan jam lapan malam kau akan mati dengan tenang."
beritahu si guru sambil tersenyum.
Lelaki
tersebut berasa keliru dan bingung. Setiap guru yang dia jumpa selama
ini sentiasa memberikannya semangat untuk hidup. Guru yang satu ini
aneh. Guru ini malah menawarkan racun. Tetapi, kerana ia memang sudah
betul-betul jenuh dan tidak mahu hidup, dia menerimanya dengan senang
hati.
Pulang ke rumah, lelaki itu terus
menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh si guru. Dan,
dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.
Begitu rileks, begitu santai... Dia menikmati ketenangannya itu. Masa
berjalan dan tinggal 1 hari, 1 malam dia akan mati.
Dia
fikir, dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia
memutuskan untuk makan malam bersama keluarganya di restoran makanan
laut. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun
kebelakangan ini. Dia fikir ini merupakan malam terakhir, jadi dia ingin
meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau dengan
keluarganya. Suasananya pun menjadi sangat santai dan tenang! Sebelum
tidur, dia mencium isterinya dan membisik di telinganya, "Sayang, aku
mencintaimu." Sesuatu yang sudah lama dia tidak ungkapkan di bibirnya.
Bangun
tidur esok harinya, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar.
Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia berasa sangat teruja
untuk berjalan-jalan di waktu pagi mengelilingi taman perumahannya.
Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia mendapati isterinya masih
tertidur. Tanpa membangunkan isterinya, dia masuk ke dapur dan membuat 2
cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi
itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis kepada
semua orang di sekelilingnya.
Di pejabat,
dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun
bingung, "Hari ini, Boss kita bersikap pelik ya?" Dan sikap mereka pun
terus berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang
terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis juga kepada
pekerjanya. Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi
ramah dan lebih bertoleransi, bahkan dia lebih bersikap menghargai
terhadap apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.
Tiba-tiba
dia merasakan hidupnya menjadi indah. Dia mula menikmatinya. Pulang ke
rumah jam 5 petang, ia mendapati isteri tercinta menunggunya di beranda
depan. Semasa ini, si isteri yang memberikan ciuman kepadanya dan
berkata, "Sayang, sekali lagi saya minta maaf, jika selama ini saya
selalu menyusahkan sayang." Anak-anak pun tidak mahu ketinggalan, "Ayah,
maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana kelakuan
kami. "Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup
menjadi sangat indah. Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri.
Tetapi dia tersentak, bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia
minum, petang semalam?
Dia bergegas
berjumpa dengan si guru. Melihat wajah lelaki itu, si guru terus
mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata, "Buang sahaja botol itu.
Isinya cuma air kosong sahaja. Kau sudah sembuh bukan?? Apabila kau
hidup dalam arus kehidupan, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa
maut dapat menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap
detik kehidupan ini. Buangkan egomu, leburkan keangkuhanmu, nyahkan
kesombonganmu. Jadi lembut, selembut air, dan mengalirlah
bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan pernah rasa tepu, tidak akan
pernah bosan. Kau akan merasai hidup bersama-sama yang lain. Itulah
rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju
ketenangan "..
Lelaki itu mengucapkan terima
kasih dan menyalami si guru, dia lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi
pengalaman malam sebelumnya. Dia tidak pernah lupa hidup dalam arus
kehidupan, sentiasa mengalir terus. Itulah sebabnya,
ia selalu bahagia, selalu tenang, selalu hidup... Hidup bukanlah
merupakan suatu beban yang harus dipikul tapi merupakan suatu anugerah
untuk dinikmati.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar